Ketua Menteri Sarawak
Stephen Kalong Ningkan
Nama :
Datuk Stephen Kalong Ningkan
Lahir :
Ogos 1922, Betong.
Pendidikan :
Sekolah St. Augustine
Kerjaya :
Bekerja sebagai atendan Hospital Syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960. Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.
Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah ,Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung. Beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963.
Pengulu Tawi Sli
Nama :
Datuk Penghulu Tawi Sli
Lahir :
12 Jun 1912, Banting, Sarawak.
Pendidikan :
Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah St. Thomas di Kuching, Sarawak sehingga tingkatan 3.
Kerjaya :
Beliau pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.Dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching pada 24 September 1966. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963.
Tun Abdul Rahman
Nama :
Tun Abdul Rahman Bin Ya'kub .
Lahir :
3 Januari 1928, Bintulu.
Pendidikan :
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5. Beliau telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, beliau juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincoln’s Inn, London.
Kerjaya :
1948 - Pegawai Percubaan Bumiputera Sarawak.
1959 - Dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak.
1963 - Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.
1964 - Dilantik menjadi Menteri Muda Kementerian Kehakiman.
1969 - Pengurusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran.
1970 - Ketua Menteri Sarawak yang ketiga.
Abdul Taib Mahmud
Nama :
Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.
Lahir :
21 Mei 1936, Miri, Sarawak.
Pendidkan :
Taib memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk mengambil undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut. Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960.
Kerjaya :
1963 - Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri.
1967 - Menteri Pembangunan dan Perhutanan.
1968 - Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri.
1970 - Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.
1972 - Menteri Sumber Semula Jadi.
1981 - Menjadi Ketua Menteri Sarawak yang keempat.
Ketua Menteri Sabah
Tun Fuad Stephen
Name :
Tun Haji Mohammad Fuad Stephen
Lahir :
14 September 1920, Kudat.
Pendidikan :
Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Mary’s Boys School, Sandakan; Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton. Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching. Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.
Kerjaya :
Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau gagal. Beliau kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell. Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya. Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara. Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times. Beliau telah menggabungkan North Borneo News dengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955. Tun Fuad adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP); Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.
Tun Mustapha Harun
Nama :
Tun Datu Mustapha Datu Harun
Lahir :
31 Julai 1918, Kudat, Sabah.
Pendidikan :
Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.
Tun Mohamed Said Keruak
Nama :
Tun Haji Mohamed Said bin Keruak.
Lahir :
15 November 1926, Kampung Pirasan, Kota Belud.
Pendidikan :
Tun Said telah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun. Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud sehingga darjah lima pada tahun 1941. Ini merupakan kelulusan akademik tertinggi dalam sistem persekolahan vernacular di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Kota Belud. Pada tahun 1941, Tun Said mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Maktab Pertanian Kuching. Tun Said juga menghadiri kelas malam untuk mempelajari bahasa Inggeris pada tahun 1947 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di London selama setahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Kerjaya :
Tun Said mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1941 di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Jawatan pertamanya adalah sebagai Kerani Percubaan di Pejabat Daerah Papar. Semasa pendudukan tentera Jepun ke atas Borneo Utara, beliau telah menjadi Penolong Bendahari di Jesselton di bawah Kerajaan Tentera Jepun. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Tun Said telah kembali bertugas sebagai kerani di Pejabat Daerah Kota Belud. Pada 1960-an, beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Majlis Tempatan Daerah Kota Belud dan juga dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri (Unofficial Member of the Legislative Council). Tun Said telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ketujuh pada tahun 1987.
Harris Salleh
Nama :
Datuk Harris bin Mohd Salleh.
Lahir :
4 November 1930.
Kerjaya :
Pada 1963, Harris Salleh meletakkan jawatan sebagai kerani di Pejabat Peguam untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau menyertai parti USNO yang baru dibentuk dan dilantik sebagai setiausaha parti. Dalam kabinet pertama Tun Fuad, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan menggantikan Tun Mustapha yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama.
Pada 1964,namanya dicalonkan menjadi Menteri Persekutuan di Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Malaysia , Mohamed Khir Johari setuju dengan kewibawaan Harris yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan Sabah.
Pada 1964 juga menyaksikan rombakan kabinet Sabah . Mr Peter Lo Sui Yin (Ketua Menteri Sabah); Dato G.S Sundang (Timbalan Ketua Menteri Sabah) ; Harris Salleh (Menteri Kewangan) ; Dato Khoo Siak Chiew (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya) l Dato Pang Tet Tshung (Menteri Kerajaan Tempatan) ; Thomas Jayasuriya (Menteri Kesihatan) ; Dato Mohamed Yassin Hashim (Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Mohamad Said Keruak (Menteri Pertanian dan Perikanan) .
Selepas kemenangan USNO dalam Pilihan raya negeri Sabah 1967, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet pertama Tun Mustapha. Bagaimanapun beliau berbeza pandangan . Beliau kembali menyertai kabinet sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas pakatan USNO menang dalam Pilihan raya negeri Sabah 1971.
Pada 1967, Harris Salleh membantah cadangan Menteri kewangan Malaysia , Tun Tan Siew Sin berhubung penstrukturan semula cukai pembalakan . Cukai ini sangat menyentuh Dasar Sabah menyertai Malaysia. Cukai itu boleh membunuh industri perkayuan Sabah . Royalti kayu kayan Sabah sangat penting untuk pembangunan negeri Sabah.
Pada 1969, Harris Salleh pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah , Tun Datu Mustapha Harun. Ketika itu beliau adalah Timbalan Presiden USNO dan Barisan Nasional Sabah.
Pada 1973 , Harris tidak setuju dengan kepimpinan diktator Datu Mustapha di Sabah dan melepaskan jawatan menteri kabinet Sabah. Beliau menubuhkan parti berbilang kaum 'Berjaya' bagi menjatuhkan Mustapha dari tampuk kuasa. Harris menjadi Presiden Berjaya yang pertama pada bulan Julai 1973. Parti Berjaya kemudian disertai oleh Tun Fuad yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara.
Joseph Pairin Kitingan
Nama :
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Lahir :
17 Ogos 1940, Papar, Sabah.
Pendidikan :
Pairin pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu, sebuah sekolah lelaki di Kota Kinabalu. Beliau memperolehi biasiswa Rancangan Colombo dan melanjutkan pelajaran di University of Adelaide dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.
Kerjaya :
Pairin mulai giat dalam politik sejak tahun 1975. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Tambunan pada tahun 1976 di bawah parti BERJAYA, sebuah parti yang dipimpin oleh Harris Salleh semasa itu dan dilantik sebagai seorang menteri.
Pairin tidak puas hati pada kepimpinan parti ini dan membantah sesetengah daripada polisi parti ini. Beliau berasa bahawa parti ini telah terkeluar daripada perjuangan asalnya. Akhirnya beliau terpaksa meninggalkan parti ini pada tahun 1984.
Sakaran Dandai
Nama :
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai.
Lahir :
15 April 1930, Semporna, Sabah.
Pendidikan :
Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.
Kerjaya :
Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada PBS, pimpinan Pairin Kitingan. Dalam Pilihan raya Sabah 1994 Pairin berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8. Pada 26 Disember 1994, jawatan itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak.Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002.