Wednesday, 5 September 2012

Ketua Menteri-Ketua Menteri Sabah dan Sarawak

Ketua Menteri Sarawak

Stephen Kalong Ningkan

Nama :
Datuk Stephen Kalong Ningkan
 

Lahir :
Ogos 1922, Betong.

Pendidikan :
Sekolah St. Augustine

Kerjaya :
Bekerja sebagai atendan Hospital Syarikat Shell di Kuala Belait, Brunei untuk beberapa tahun. Kepimpinannya menyerlah apabila menjadi pengerusi Kelab Dayak Shell ketika bekerja di sana. Beliau menjadi pengasas / pengerusi Persatuan Dayak Sarawak dari 1958-1960.  Beliau kembali ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.
Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah ,Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung. Beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (22 Julai 1963- September 1966) selepas pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963.


 Pengulu Tawi Sli

Nama :
Datuk Penghulu Tawi Sli

Lahir :
12 Jun 1912, Banting, Sarawak.

Pendidikan : 
Beliau mendapat pendidikan formal di Sekolah St. Thomas di Kuching, Sarawak sehingga tingkatan 3.

Kerjaya :
Beliau pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.Dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching pada 24 September 1966. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963.


 Tun Abdul Rahman 

Nama : 
Tun Abdul Rahman Bin Ya'kub .

Lahir :
3 Januari 1928, Bintulu.

Pendidikan :
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5. Beliau telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, beliau juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincoln’s Inn, London.  

Kerjaya :
1948 - Pegawai Percubaan Bumiputera Sarawak.
1959 - Dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak.
1963 - Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.
1964 - Dilantik menjadi Menteri Muda Kementerian Kehakiman.
1969 - Pengurusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran.
1970 - Ketua Menteri Sarawak yang ketiga.



 Abdul Taib Mahmud

Nama :
Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Lahir :
21 Mei 1936, Miri, Sarawak.

Pendidkan :
Taib memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri dan seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching. Taib berazam untuk mengambil undang-undang selepas bapa saudaranya, Rahman Ya'kub memujuknya untuk belajar dalam bidang tersebut. Pada tahun 1958, keputusan cemerlang yang dicapai oleh Taib dalam peperiksaan Senior Cambridge membolehkan Taib layak mendapat biasiswa Shell untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Adelaide di Australia Selatan. Beliau berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada tahun 1960.

Kerjaya :
1963 - Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri.
1967 - Menteri Pembangunan dan Perhutanan.
1968 - Penolong Menteri Persekutuan bagi Perdagangan dan Industri.
1970 - Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.
1972 - Menteri Sumber Semula Jadi.
1981 - Menjadi Ketua Menteri Sarawak yang keempat.

 Ketua Menteri Sabah

Tun Fuad Stephen

Name :
Tun Haji Mohammad Fuad Stephen 

Lahir :
14 September 1920, Kudat.

Pendidikan :
Tun Fuad pernah menerima pendidikan di St.Mary’s Boys School, Sandakan; Sekolah St. James di Kudat; Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton.  Beliau merupakan seorang yang periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching.  Tun Fuad boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.

Kerjaya :
Tun Fuad mula bekerja sebagai guru. Pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, tetapi beliau gagal. Beliau kemudian berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell.  Seterusnya beliau memasuki Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

Selepas Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Tun Fuad bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya.  Selepas itu, beliau telah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara. Pada tahun 1953, Tun Fuad menubuhkan The Sabah Times.  Beliau telah menggabungkan North Borneo News dengan The Sabah Times beberapa bulan kemudian dan menamakannya sebagai North Borneo News and Sabah Times.  Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955. Tun Fuad adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia.  Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP); Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.

 

 Tun Mustapha Harun

Nama : 
Tun Datu Mustapha Datu Harun

Lahir :
31 Julai 1918, Kudat, Sabah.

Pendidikan :
Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.


 
Tun Mohamed Said Keruak

Nama :
Tun Haji Mohamed Said bin Keruak.

Lahir :
15 November 1926, Kampung Pirasan, Kota Belud.

Pendidikan :
Tun Said telah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun.  Beliau menghadiri Sekolah Rendah Kerajaan Kota Belud sehingga darjah lima pada tahun 1941.  Ini merupakan kelulusan akademik tertinggi dalam sistem persekolahan vernacular di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Kota Belud.  Pada tahun 1941, Tun Said mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian di Maktab Pertanian Kuching.  Tun Said juga menghadiri kelas malam untuk mempelajari bahasa Inggeris pada tahun 1947 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di London selama setahun dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Kerjaya :
Tun Said mula menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1941 di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara.  Jawatan pertamanya adalah sebagai Kerani Percubaan di Pejabat Daerah Papar.  Semasa pendudukan tentera Jepun ke atas Borneo Utara, beliau telah menjadi Penolong Bendahari di Jesselton di bawah Kerajaan Tentera Jepun.  Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Tun Said telah kembali bertugas sebagai kerani di Pejabat Daerah Kota Belud.  Pada 1960-an, beliau dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Majlis Tempatan Daerah Kota Belud dan juga dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri (Unofficial Member of the Legislative Council). Tun Said telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ketujuh pada tahun 1987.

 Harris Salleh

Nama :
Datuk Harris bin Mohd Salleh.

Lahir :
4 November 1930.

Kerjaya :
Pada 1963, Harris Salleh meletakkan jawatan sebagai kerani di Pejabat Peguam untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau menyertai parti USNO yang baru dibentuk dan dilantik sebagai setiausaha parti. Dalam kabinet pertama Tun Fuad, beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan menggantikan Tun Mustapha yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama.
Pada 1964,namanya dicalonkan menjadi Menteri Persekutuan di Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Malaysia , Mohamed Khir Johari setuju dengan kewibawaan Harris yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan Sabah.
Pada 1964 juga menyaksikan rombakan kabinet Sabah . Mr Peter Lo Sui Yin (Ketua Menteri Sabah); Dato G.S Sundang (Timbalan Ketua Menteri Sabah) ; Harris Salleh (Menteri Kewangan) ; Dato Khoo Siak Chiew (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya) l Dato Pang Tet Tshung (Menteri Kerajaan Tempatan) ; Thomas Jayasuriya (Menteri Kesihatan) ; Dato Mohamed Yassin Hashim (Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Mohamad Said Keruak (Menteri Pertanian dan Perikanan) .
Selepas kemenangan USNO dalam Pilihan raya negeri Sabah 1967, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet pertama Tun Mustapha. Bagaimanapun beliau berbeza pandangan . Beliau kembali menyertai kabinet sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah selepas pakatan USNO menang dalam Pilihan raya negeri Sabah 1971.
Pada 1967, Harris Salleh membantah cadangan Menteri kewangan Malaysia , Tun Tan Siew Sin berhubung penstrukturan semula cukai pembalakan . Cukai ini sangat menyentuh Dasar Sabah menyertai Malaysia. Cukai itu boleh membunuh industri perkayuan Sabah . Royalti kayu kayan Sabah sangat penting untuk pembangunan negeri Sabah.
Pada 1969, Harris Salleh pernah dilantik menjadi Menteri Kewangan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah , Tun Datu Mustapha Harun. Ketika itu beliau adalah Timbalan Presiden USNO dan Barisan Nasional Sabah.
Pada 1973 , Harris tidak setuju dengan kepimpinan diktator Datu Mustapha di Sabah dan melepaskan jawatan menteri kabinet Sabah. Beliau menubuhkan parti berbilang kaum 'Berjaya' bagi menjatuhkan Mustapha dari tampuk kuasa. Harris menjadi Presiden Berjaya yang pertama pada bulan Julai 1973. Parti Berjaya kemudian disertai oleh Tun Fuad yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara.


Joseph Pairin Kitingan

Nama :
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Lahir :
17 Ogos 1940, Papar, Sabah.

Pendidikan :
Pairin pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Kota Kinabalu, sebuah sekolah lelaki di Kota Kinabalu. Beliau memperolehi biasiswa Rancangan Colombo dan melanjutkan pelajaran di University of Adelaide dalam jurusan undang-undang dan selepas itu beliau pulang ke Sabah untuk bekerja sebagai Peguam Negeri dengan Jabatan Perundangan Sabah dan seterusnya dijadikan Timbalan Pendakwa Raya Umum. Selepas itu, Pairin menyertai sebuah firma guaman tempatan.

Kerjaya :
Pairin mulai giat dalam politik sejak tahun 1975. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Tambunan pada tahun 1976 di bawah parti BERJAYA, sebuah parti yang dipimpin oleh Harris Salleh semasa itu dan dilantik sebagai seorang menteri.
Pairin tidak puas hati pada kepimpinan parti ini dan membantah sesetengah daripada polisi parti ini. Beliau berasa bahawa parti ini telah terkeluar daripada perjuangan asalnya. Akhirnya beliau terpaksa meninggalkan parti ini pada tahun 1984.


Sakaran Dandai

Nama :
Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai.

Lahir :
15 April 1930, Semporna, Sabah.

Pendidikan :
Sakaran bersekolah di Sekolah Rendah Semporna (1937-1941). Semasa pernjajahan Jepun, beliau pernah melawat Jepun buat beberapa ketika. Apabila kembali ke Semporn, beliau sekolah di Sekolah kerajaan Sabah. Selain itu beliau belajar agama dari 1945-1948.

Kerjaya :
Dari 1949-1967, beliau di jabatan kerajaan negeri Sabah di Semporna dan Lahad Datu.Sakaran menjadi Pengerusi UMNO Sabah yang baru ditubuhkan ketika itu. UMNO ditubuhkan selepas kerajaan negeri Sabah terlepas kepada PBS, pimpinan Pairin Kitingan. Dalam Pilihan raya Sabah 1994 Pairin berjaya ditewaskan dan Sakaran Dandai dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-8. Pada 26 Disember 1994, jawatan itu diserahkan kepada Salleh Said Keruak.Sementara Sakaran menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mulai 1 Januari 1995 dan disambung semula untuk satu penggal lagi pada Januari 1999. Beliau menyandang jawatan itu sehingga 31 Disember 2002.

 

Monday, 3 September 2012

Biodata Perdana Menteri Malaysia

Tunku Abdul Rahman 

Nama : 
Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.

06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.





Tun Abdul Razak


Nama :
Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Lahir :
11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940 -
Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.


Kerjaya :
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Perta
ma PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar.
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negar
a.



Tun Hussein Onn
Nama :
Tun Hussein bin Dato Onn
Lahir :
12 Februari 1922, di Johor Bahru.
Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 
1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

  Kerjaya :
1942 - Bertugas di Mesir.
1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru.
1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama.
1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang.
1970 - Menteri Pelajaran.
1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri.
1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga.
1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.




Tun Dr. Mahathir 

Nama : Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Lahir :
20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah.
Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar.
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953.

Kerjaya :
1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO.
1954 -
Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis.
1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar.
1964 -
Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.
1973 - Dilantik Pengerusi FIMA.
1975 - Naib Presiden UMNO.
1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri.
1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat



Tun Abdullah Badawi

Nama :
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi   

Lahir :
26 November 1939,Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.  
Pendidikan :
Tun Abdullah  menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964.



Kerjaya :
1969 -  Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri

1971 -Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

1978 - Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan

1980 - Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan.
1981 - Menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno
1984 - Naib Presiden UMNO, Menteri Pendidikan.
1986 - Dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
1991 - Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri.

1999 - Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
2003 - Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima.



Dato' Seri Najib Razak



Nama : Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Lahir :
23 Julai 1953, Kuala Lipis, Pahang.

Pendidikan :

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.


Kerjaya :
1978 -  Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
.
1980 - Timbalan Menteri Pendidikan.

1981 - Timbalan Menteri Kewangan.

1982 - Menteri Besar Pahang.
1986 - Menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno
1990 - Menteri Pertahanan
1995 - Dilantik sebagai Menteri Pendidikan

2009 - Dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Sejarah Hari Malaysia




Sejarah Hari Malaysia

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak.
Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei,
Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969
48 tahun telah berlalu, pada 16 September 1963 Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak telah bergabung dengan dengan tanah melayu untuk membentuk negara yang kemudiannya dinamakan Malaysia.


Sebenarnya Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. 

Namun beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.  (1963)
.
Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan.

Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England).

Hasil daripada rundingan yang dijalankan.oleh JPPM, Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962

Pada 1 Ogos 1962, laporan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak diumumkan

Pada Ogos 1962 pula JAK (jawatankuasa antara kerajaan) ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. manakala anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan dan Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.


Dan secara rasminya pada 16 September 1963 Negara Malaysia telah diistiharkan iaitu gabungan antara Tanah Melayu (semenajung) Borneo utara (sabah) Sarawak dan Singapura, tetapi padatahun 1965 singapura yang telah keluar dari gabungan itu  .

Jadi selepas tarikh itu sehingga kini, Negara Malaysia kini adalah gabungan Tanah Melayu (semenanjung Malaysia) Sabah dan Sarawak sahaja.